Nasi

6 cawan beras*
1 cawan beras hitam* - rendam semalaman
1 tin santan
5 ulas bawang merah
1 sudu makan halba - rendam 30 minit
1 sudu makan halia - mayang halus
Garam & gula
*boleh diganti dengan sekilo beras nasi dagang - rendam selama lima jam

Cara-cara:

  1. Gaul beras, letak dalam pengukus, lapik dengan kain nipis & kukus 10-15 minit
  2. Gaul nasi dengan sedikit santan & kembali kukus sehingga masak
  3. Masak santan selebihnya dengan bahan lain sehingga masak
  4. Gaul santan & nasi yang telah dimasak


Gulai Ikan Tongkol

3 ketul besar ikan tongkol*
1 1/2 inci lengkuas
6 ulas bawang merah
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar rempah ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
5 sudu besar serbuk cili kering
1 tin santan
Garam, gula & 2 keping asam kering
*ikan aya/tuna/skipjack

Cara-cara:

  1. Rebus ikan dengan garam & asam
  2. Tumis bahan rempah (dimesin terlebih dahulu) sehingga masak
  3. Masukkan santan sehingga menggelegak
  4. Masukkan ikan berserta air rebusan. Tambah garam & gula
  5. Tunggu sehingga minyak santan timbul


p.s Kredit resepi kepada Allahyarhamah Saudah (Al-Fatihah) & gambar oleh Zakifikri